nuffnang ads

Friday, April 27, 2012

Cabaran dan Dugaan .. wooohooo

bulan ini, minggu ini , hari-hari dalam minggu ni,
kak yah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
kak yah rasa sangat3 stress
dan kak yah rasa sedih jugak la sebenarnya
cuma kak yah ni jejenis yang x suka sangat cerita problem sendiri
hmmm.. kak yah suka pendamkan perasaan ni je.
atau luahkan melalui blog ni ha. hehe

apa2 pun, kak yah redha je.
antara dugaan kak yah minggu ni:
1. diugut oleh bos nak kena amek tindakan disebabkan tak angkat phone call dia SAHAJA. (bukak salah kak yah sbb kak yah tengah buat kerja and telefon mmg diwajibkan silent, kak yah x perasan).

2. kereta kak yah (baby reddish) kemek di bahagian pintu kiri disebabkan jalan gelap x nampak motor and terlanggar tiang.

3.laptop kak yah baby sony terpaksa dihantar ke sony centre untuk format sbb hang and virus. terbang rm80 kak yah (opsss!!! bayar dengan senyuman walaupun dalam hati membara!!!!)

4.blackberry kak yah ( baby hitam) kesayangan kak yah TAK BOLEH charge!!! sekali lagi dia buat hal. sabar je la. x tau la boleh repair ke tak. dah hantar kedai untuk dibedah siasat! harap2 boleh la repair. hmm. kak yah sayang hp tu. hasil titik peluh kak yah tau bekerja sendiri. huhu..

5.Kak yah kena buat assignment orang lain sbb orang lain tu LEPAS TANGAN. Sungguh tidak bertanggungjawab! dan dikenakan oleh bos sendiri. sedih kan?

 kak yah sudah MUFLIS. Kesimpulan daripada keseluruhan cerita di atas itu. itulah moral of the story always be aware with any problem that might come into your life. Biasalah, kekadang bukan semua orang suka kita, ada je orang yang dia AIM nak dikenakan.
kak yah cool je, cuma kekadang terasa la jugak. biasalah perempuan x lepas dari perasaan terasa. kak yah harap perjalanan hidup kak yah ni diberkati dan kak yah anggap ni sebagai dugaan. kawan2 jgn cepat putus asa walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan tau! kak yah sebenarnya pun berduka cita, ni pun nanges sambil menulis bila pikirkan balik. hmm
yeahhh! i'm independent and tough woman! opss! i'm grow up already! Women okayyy! huhu..
kak yah harap hidup kak yah ni lebih bermakna dan anggap la semua ini sebagai cabaran untuk kak yah ke arah kejayaan. begitulah kaedahnya. huhu

No comments:

Post a Comment