nuffnang ads

Friday, August 24, 2012

Universal Studio Singapore (USS)

Caaakkkk!!! haaaa
kak yah berangan kejap
duk browsing2 page universal studios Singapore ni haaaa
bestnyaaaa kalau dapat pergi bercuti kat sana kan
feeling2 nak berada di negara orang bercuti
dapat la title bercuti di luar negara bukan negeri.
hahahaha

apa2 je la,
kak yah sedang mengumpul2 duit la ni nak g sanaaaa
bawak duit sikit setakat nak masuk sana je x best
nak la shopping2 skali
at least nak target bawak dalam 3K
haaa, baru sedap shopping sket beli barang2 sket
kalau bawak setakat ratus2
alamak, x lepas la dik oooiiii
nak bersuka ria...
cenggitu kannn! kak yah suka langsam terus
sekali nak puas hati biar terus puas hati and rasa berbaloi

skarang survey2 dulu
convert2 duit dulu
kira2 berapa banyak pastu baru decide!
menikmati zaman muda kaedahnya.
moh kita berangan.! hahaha
berangan nak ada night life ala2 orang muda la dikatakannnn! haha


I will come and visit the place soon .. hope my dream come true ;))

i love art! ;)))


Jejak Berkasih

Hye allsss, still mood raya eyh!
kak yah pun masih mood raya
tapi gigih kan je la diri ini pergi bekerjaaaaaa..
kak yah dah start puasa ganti and sunat,
so skarang kak yah mcm burung hantu.
aktiviti kak yah banyak tang malam. hahaha
gitu kan.

btw, walaupun berpuasa,
kak yah sempat lagi plan g hang out dengan sorang rakan kak yah ni haaaa
kawan ni kak yah kenal dari zaman PLKN lagiiii
kami dah kenal 5 tahun. lama kan, lama kan...
kami kenal masa PLKN.
sebenarnya geng kami ni ada lagi sorang
naddy namanya
tapi naddy tidak dapat dihubungi and berada di Utara tang sana
so kita proceed je la dengan apa yang adaaaaa.
gitu kannnnn

temanya bebas, suka hati kau. hehe
kami jumpa kat Mines je ha
g makan2 Mc Donaldsss! mula2 tersekat nak berbuka makan apa aku ni haaa
skali nampak Mc Donalds makan la mcdonaldsss
kak yah ni makan nafsu syaitan!
lepas makan mcdonald leh lak g makan Hot and Roll
wah cenggitu kan

yang tukang buat Hot and Roll nyer kak bab a.k.a kakak bapok!
buat punyalah cover and gedik2 depan customer lelaki
kak bab, kak yah ni bukan nak kata ape,
ko tu tetap lelaki walaupun ko duk ubah
pakai mcm perempuan
struktur badan ko tu tetap jantan haaaaa
orang peluk pun mcm peluk lelaki je haaaaaa
x yah nak coverrrrr sangat depan lelakiiiiii . adddoooiii!!! ;)))) *peace no war*
leh lak ko wat cincai hot and roll kak yah, sabo je laaaaa

pastu plan nak g downtown, tutup pulak
downtown masih mood raya...
soooooo we proceed with plan nak kembali ke pangkal jalan
sebelum tu singgah mamak bergosip kejap
ko mampu?? hahaha nak balik umah tersekat sbb nak bergosip? hahahaha

okay! done! dalam kul 11 malam lebih, kami pun berangkat and lepas ni susah nak jumpa dah
walaupun rumah hanya sedepa tapi susah nak jumpa
wah mcm berpantun. hahahaa

Ety! i always love u ever , ever and ever! thanks for everything dear! ;)))))

sempat bergambo sementara tunggu kak bab buat hot and roll yang x berapa nak masak sbb
kak bab buat x ikhlas , coverrr depan customer lelaki. layan je laaaa . *kalau ikut perangai
kak yah ni, kak yah dah lama sound tepek, tapi xpe, i want to have fun with my friend
sabar je laaaaaa*****

tetiba rasa gambar ni gedik sket,. hahahaha *no offence ety!*

menu wajib bila datang makan! ;)))

Tuesday, August 21, 2012

hari raya 2012

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyambut hari raya
bersyukur terhadap ilahi kerana masih bernafas di atas muka bumi ini
menikmati hari raya bersama-sama ahli keluarga dan orang tersayang....
raya tahun ini sangat berlainan
kerana beraya dengan kekasih hati sekali dan kak yah dah officially kena bagi duit raya. ooohoooo

Kak yah rasa bersyukur kerana dia masih di sisi kak yah
through thick and thin.
raya pertama, kak yah beraya dengan ahli keluarga
pagi2 raya kak yah bangun gosok baju Melayu bapak kak yah
nak ke masjid
pas siap2 gosok kak yah siap2 untuk diri sendiri
sebelum pergi solat raya
kami makan beramai-ramai bersama-sama dengan nenek, mak cik dan pak cik semua
kami makan, makan dan makan.

selesai sudah solat raya,
apa tunggu lagi, sesi bersalam-salaman laaaaa.. hehe
sedih mmg sedih,
sbb banyak la jugak dosa yang kita lakukan ..
mengenang kembali memg mengharapkan kemaafan...
apa pun kak yah rasa bersyukur
masing2 saling menghargai....
love and hugsss to all of youuuu...

btw, after tu kami semua g beraya laaaa
tahun ni kak yah kena bagi duit raya...
sbb sudah bekerja
ha, sebelum g beraya kak yah dah packing2 duit raya siap2.
kelas kau jah. baru nak packing duit raya. hahahaa

masa g beraya lak, makan x hengattttt. haha
tapi x pe,raya setahun sekali makan la apa lagi.
hepi untuk diri sendiri dan family kaaannnn. hehehe.

raya kedua beraya dengan si dia...
beraya di Melaka dan lawat sedara mara di Melaka
best jugak!!
sempat la jugak g makan cendol kat alor gajah
pastu jalan2 melaka...
rindu laaaaa kat uitm alor gajah
banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan.....

haaiihh. 3 tahun masa berlalu
mcm2 kenangan di sana- pahit manis semua ada
tapi x sempat ke bandar sbb dah lewat
tapiiiiii tapppiiiii tapppiiiiii
kami sempat ke pengakalan balak
mandi lauttttt hehehee......
best sangat2!~~ hepii!!
jumpa laut sangat hepi and batak okaayyy! haha
ape2 pun nice holiday for me and i really enjoy it!
thanks love! love and hugss! hehe <3 p="p">
apa2 pun kak yah bersyukur dengan segala kurniaan-Mu ya Allah
semoga hidup ini sentiasa diberkati. Amin...

to all family members, siblings and friendssss SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

*tema raya tahun ini kaler biru!!! hehehe =)))))




bekas air

bekas air ni kak yah dapat masa kak yah intern dulu
g cover event2 menteri katanya.....*gedik*
pastu dapat la mcm2 goodies.
now, kak yah dah habis intern.
kak yah hanya kerja sebagai agent di call centre
kaedahnya
kak yah memerlukannya untuk kerja
kerana kerja kak yah ni bercakap-cakap dan cakap
menjawab soalan,soalan dan soalan
ssoooooooo bekas air ini sangat berfungsi
kerana perlu untuk kak yah
minum air dan buat air di ofis
peraturan di ofis mesti guna bekas air sebegini.....
mula2 kak yah rasa nak bagi orang je lepas dapat bekas air ni
tapi sekarang berfungsi pulak
x sangka kannnn..
tulah jangan disangka benda yang simple tiada fungsi.
apa pun bersyukurrrr...., Alhamdulillah
x yah beli baru. Jimat duit poket. teeeeheee.. ;))))

Friday, August 17, 2012

The Pizza Story

Dominos Pizza! ( nanyi lagu dia yang hangat tu mcm dalam iklan gitu kan!) hahaa
okayy! as i promise my sister
adik kak yah balik dari Kedah,
so kak yah dah janji bila dia balik
kak yah nak belanja dia makan dominos pizza!

Yes, kak yah dari dalam ofis duk pk nak order online balik keje
nak order online balik keje,
skali bila balik
bukak kupon yang ada,
pk punya pk x tau nak yang mana
amek masa la jugak duk pk
then tepat kul 7 dah masuk order online

okay fine, perjanjian sampai setengah jam tiap penghantaran
skali hmmmm
adik , mak pak kak yah sume dah kenyang makan makanan lain dulu
sementara tunggu dominos pizza ni haaa
x sampai2
kak yah dah terkumat kamit dah ha
dah mula rasa x senang ni ha
hilang sabar ni haaaa
terus call dominos
tanya mana pizza kak yah
skaliiiiiii!!! dia boleh lak menjawab kata
kejap saya transfer call akak, kejap saya transfer call akak
kak yah mmg pantang orang transfer banyak kali tapi x ada jawapan.
terus kak yah cakap,
"okay fine, lets we talk directly, why my pizza did not come yet? you should be responsible and give me the compansation,"
skali dia cakap x ada compansation because if more than 1hour and half baru ada compensation
wah kau! siap ada masa sejam setengah ye, habis tu kak yah yang tunggu sejam ni apa citer?

kak yah x marah, at least bagitahu la kannnnn call customer bagi tahu
tapi xpe, kak yah maafkan,
dia bagi kupon free regular pizza for next order. its okayyy
i forgive you allss okayy
kak yah ni bukan x faham high volume of order
at least call la customer bagitahu
"I'm very sorry its will be high volume right now, we might deliver a bit late to you,"
senang kan? haaihh
memandangkan kak yah ni regular customer,
kak yah pandang sebelah mata je laaaa
its okayy
dun do that again okaayyy.
kesian lak kak yah tengok budak lelaki yang hantar tu haaaa
tercungap2 duk nak hantar laju,
pastu salah kira baki ag.

dun do that again haaa mr. dominos pizza.
nasib baik kau favourite aku,
kalau x, haaaiihh. geram tau kak yah =)))





Wednesday, August 15, 2012

berbuka puasa

hari ni busy and messy with work
balik keje dah rushing2
then singgah ler kak yah makan kenny rogers.
dulu every day kak yah makan kenny rogers.
but right now seldom
so bila makan rasa sedap sangat pulak kan..
ha, mcm tu baru tau bersyukur. haha
ok. good day, good time and stress day, messy day.
all mix up. whatever. life must go on. =)

birthday celebration 2012

yey!! finallyyyyy! its my birthday...!!
hmmm.. sambutan hari lahir tahun ni kak yah rasa. kak yah rasa. kak yah rasaaaaa...
hah!! kak yah rasa kurang meriah berbanding tahun lepas.
tapi kak yah berasa bersyukur masih diberi peluang untuk hidup.
masih ada orang yang mengingati birthday kak yah niiiii... hehe

orang pertama yang celebrate birthday kak yah tahun ni ialahhhhh....
geng ketupat kak yah. iaitu kak tiqah, kak faz and kak ayu.
okayy geng ini semua tua dari kak yah tapi kak yah rasa hepi kawan dengan mereka.
mereka sangat kelakar dan best!
cakap direct to the point , senang x sentap! haha

btw, mula2 plan g makan kat delicious je kat midvalley.
pastu kak yah dah start la muka masham sebb makanan sampai lambat.
xpe, kak yah x marah sbb makanan sampai lambat
tapi yang buat kak marah bila, dah berbuka puasa
makanan x sampai2 pastu x ada sape follow up meja kak yah.
mmg kak yah dah duduk x senang la kan,
ha siaplah mulut kak yah ni duk ngomel2
panggil manager bagai
tapi xpe, manager dia minta maaf
kak yah maafkan jugekkk la kan,
bukan salah dia tapi salah staff dia yang kerek and lembssss.

station berikutnya ke Coffee Bean
nak minum kopi katanya.
skali kopi yang dibuat lain dari rasa sebenar.
kak yah tegur la budak yang buat tuuu.
napelah kau wat cincai adik oiii.
ko ingat customer dtg sesuka ke dari jauh nak minum coffee bean
mmg la nak menikmatinya. addoiii
xpelah, kak yah lupakan je.
skali bila tengah duk borak2 , duduk2,
skallliiiiii.....
kat belakang kak yah ada org nyanyi lagu birthday. sweet memory. surprised!!!! from geng ketupat.
hahaha. thanks u olsss. sejuk hati kak yah yang tengah panas. hehe

and 13th August 2012.
balik2 keje, kakak kak yah belikan kek dari secret recipe!
thanks a lot kakak for the surprised and mama and abah for the birthday wishesss.
really appreciate it! thanks a lot. walaupun baru lepas mandi, muka tengah serabai. haha.
layannn.

Alhamdulillah dikurniakan orang yang sayangkan kak yah. i love all of you so much, hugs and lovesss! <3 p="p">




Friday, August 3, 2012

Takdir

Sometimes hidup kita ni x selalunya indah
apa yang kita rancang, 
tak semestinya akan menjadi teratur.
ada jatuh bangun juga dalam kehidupan ini
kak yah rasa
sometimes
we need to do changes
mungkin sometimes u need time to be alone
tanpa ada gangguan.
I'm sory, if i'm not a good presenter, a good communication deliver
but today, kak yah agak frustated with myself
seems like kak yah ni mcm looser.

kak yah try to chill up
tapi tak boleh rasanya nak terima apa yang tertulis
what to do, 
life must go on
tapi hati ini masih bersedih dan berduka
haaaiihh. 

*mood-sedih. 


When things Messy


Friday, July 27, 2012

Talented Sister

bila cuti sem
kaedahnya banyak makan la kat umah
balik makanan ada je resepi baru..
mana xnya, adik kak yah ada je idea dia
duk explore sana sini nak masak kek la
ikan salmon bakar la, kek pavlova la, blueberry cheese la,
mcm2 lagi.. urrgghhhh. sedap.sedap.
badan kak yah pun berganda2 sedap naik kan. haha
mcm2 lagi.... memang saja ko nak tambah
berat badan kakak ko ni kan.
xpelah, good training for you. hehe.
Btw, do miss you so much dear. =)




I HATE MY BOSS


Hardness of Life

u olsss! nampaknya dah bersawang rerumah kak yah ni.
dush2.. banyaknya habuksss! OMG
nape x berblog ni?
okayyy . sbb kak yah dah start keje..

keje kak yah ni biasa2 je u olsss
nama je executives tapi mcm haram.
perangai masing2 x profesional.
kak yah bukan nak cakap ape la kan.

pk logik la, 
nak train orang dalam masa seminggu 
nak reti pakai semua sistem kau yang hangguk tuh...
hmmm

what the hell kan,
kak yah bukan nak kata menyesal
tatkala kawan2 kak yah pergi bercuti,
kak yah pula bekerja
kak yah mula2 masuk ragu2 la jugak
x tau sama ada keputusan ni melulu ke x
then x tau la sama ada berbaloi ke tak masuk company ni.

hmmmm. Its seems like part of communication
tapi the way you deliver the message and bagi guideline kat orang
mcm mana nak settlekan problem
duk settle masalah orang, masalah sendiri x tertanggung.
hahahaha.
thats normal of life.

In term of x profesional yang kak yah nampak
bukan ape, isu2 kecik mcm toilet paper, makanan, 
benda tu pun boleh jadi topik utama.
mcm hareeemmm
come on la, we work in multi-national company (ejaan pakai letak je la eh).kak yah malas nak check.. =)
then isu2 kecik ni pun ko nak cakap ke?
pastu bila ajar budak baru, segala buruk budak baru tu je kau nampak
segala buruk tu la ko duk citer kat geng2 kau,
al maklum bukan nak kata ape, mungkin dorang ni masuk terus jadi senior agaknya
lahir keluar dari perut mak mereka terus pandai bercakap agaknya.

sory to said.
i really frustated with that
dun u never be a newbie?
just wondering. 

and another thing to said.
kak yah ni x adalah english bagus sangat.
kak yah sedar
cuba bayangkan betapa sedih hati kak yah
bila tetiba orang atas cakap kat kak yah, 
i will lower down u performance marks because u speak in Malay 
with your friends.
okayy. fine. kak yah rasa xpelah,
just as the beginning,
everything is fine. 
but once i fine something good for my own.
sorry to said, i will turned away from your company.
Please don;t make me reveal who i am actually.

setakat keje mcm kau tu,
x ke mana la weyh, jangan sombong itu je kak yah nak sampaikan.
mati bukan bawak pun title kau tu.
urrrggghhh.

Kak yah ni kalau dah pendam mcm ni lah, 
kak yah rasa sedih dan tidak happy
so biarlah kak yah rasa its time for me to defend myself.
i hate that kind of people who treat me like shit.

i work in F&B line before this,
i become one of the news provider,
i become part of the international company,
but u have to know,
u never bring all these things till die.

my own motivated.
move on and never turn back
never said you REGRET! 
because u never find the right road for your own.
just be happy with what you have. ignore those annoying people. 




Monday, July 16, 2012

ridiculous

memang pelik kan
bila dah ada bini tuh, jagalah bini kau
nape nak menggatal dengan perempuan lain
mula2 kemain excited ajak orang kelua
skali laki orang?? yarkssss!
so disgusting la lelaki sebegitu kan.


haaaiihh. what going to happen if life like that?
should know where you are
once you are married
don;t thought every girl is cheap.
what the hell are you?

ape2 pun.
don't take it so serious
be careful with our surrounding
guy always cheat you.
regards. =))))

Monday, July 9, 2012

Yeay! Done Practical Training!

Yey~! Finally habis jugak praktikal training kak yah yang serba serabut ni
kak yah ni x lah pandai mana
apa orang suruh buat kak yah buat lah
yang penting x ada lah demand lebih2

banyak pahit manis sepanjang praktikal training ni.
nak buat cm ner mcm tulah asam garamnya

kena marah maki sume tu dah biasa dah
lama2 dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri
malas nak pendam
so we enjoy the day and wait for future
ada rezeki x kemana
thanks to encik mokhtar yang sporting and best
suka membaca and suka share buku dengan kak yah
hehe
tapi sory encik mokhtar kekadang sy x sempat bc semua.hehe
gonna miss u 'daddy'! hehe

mcm2 assignment sepanjang kat bernama
paling tersentuh masa cover assignment kanak-kanak kanser
kesian budak2 ni
certain tu keturunan
certain tu takdir ...
tapi mereka sangat tough ooo.

assignment yang paling ngeri
masa cover assignment bapak dan anak bunuh diri dari tingkat 21 kondo
aiyoooo,, so sadis anak mati dengan baju skolah skali
bapak yang nak bunuh diri, then bawak anak skali tolak dari tingkat atas.
si bapaknya pun nak bunuh diri pun, mati lah sorang2.
anak x bersalah pun kena. haaaiiihh. so sad. still remember until now.
mayat tuh terlantar kat lantai.

hmmmm. btw, i really enjoy the day and moment in practical training. miss all of you..





farewell

suddenly kak yah rasa rindu kat kakak2 senior masa praktikal
masa mula2 masuk kak yah mmg x ada kawan
selalu menepek je la kat sape2 je yang ada
hahaha
xkisah la ape orang nak cakap pasal kak yah ni
kak yah x reti nak kipas2 orang.

bila dah masuk crime desk
kak yah rasa happy sbb x yah terikat dengan assistant editor
kak yah perasan certain assistant editor sana x suka kak yah
tapi xpelah asalkan kak yah jadi diri sendiri

btw, kita citer pasal kakak senior kat crime desk eh
dorang sume sangat sporting
kak yah suka mereka sangat2
sume brutal and best!
hehehe

the best part
we celebrate together bila kak yah dah last day
love them so much and gonna missing them.

masa kat crime desk
bila sorang serabut kepala
semua serabut
dengan assignment dan kes masing2
kes lak mcm2 nak kena follow up bagai.
sabo je lah.
hehe
but it is good experiences for us. do miss them so much.
harap lepas ni ada masa nak jumpa mereka. =)

Saturday, July 7, 2012

ketam lembut

okay u olsss.
as kak yah promise.
kak yah nak citer pasal ketam lembut.

ketam lembut ni mesti u ols jarang dengar kan
ia hanya terdapat di Kuala Gula je u olsss
ketam lembut ni best sbb kita makan ketam tu sekali dengan kulitnya
macam mana boleh makan dengan kulit ketam sedangkan kulit ketam keras??
ha, itu persoalannya
ketam ni masa dia kecik, kaki depan dia akan dipotong
yang tinggal hanya dua kaki belakang je
pastu direndam dalam air laut selama sebulan
bila dah genap sebulan
dia akan dikeluarkan dan dicuci secepat mungkin untuk mengelakkan ia jadi keras semula
pastu boleh digoreng
rasa ketam lembut ni ada sikit masin laaa
ye lah sbb dia direndam di air masin kawan2
hehee

btw, it so special in Kuala Gula because of the food and nice view.
hutan paya bakau yang best dan menarik u olsss
x rugi pergi bercuti and cuba benda baru.
for your own jugak! should try yaw!





Thursday, June 28, 2012

PERAK FOOD TRAIL: LETS US ENTICES YOUR TASTE BUDS

YUUUHUUUU!!!
dah bersawang sikit blog kak yah ni.
al maklum x menang tangan kak yah nak settle keje sebelum habisnya praktikal kak yah ni

minggu lepas, kak yah terpilih untuk join tourism malaysia perak
untuk perak food trail
apo bondo ni??

okayy .. lets me explain,
Perak food trail ni one of the way for promotion sempena tahun melawat Perak.
best tau u olsss dapat makan2.
memang badan kak yah mcm dipam2
anyways
kak yah nak share dengan korang masa di Perak

1st destination kami pergi ke Restoran Garden Seafood, mmg best u ols
lobster dia sedap and besar!
sangat berbaloi makan ramai2
pastu ada shark fin soup! sup sirip ikan yu for appetizer~
ketam masak pedas,honey sotong, beancurb sambal dan banyak lagi.
Kat sana bukan makanan seafood je u olss, ada lagi goreng2.
tauke dia mmg sporting and best! you should go and try to entice your taste buds! hehe

Petang tu pula, kami pergi ke mee udang mak teh!
mak teh ni dah berniaga 21 tahun! harga makanan tu tetap sama dari rm 6, rm10 dan rm 12.
ko ado? da bertahun harga masih sama? hehe
family mak teh mmg sporting u ols and best2,
udang dalam mee banjir ni pun besar2! best!
sempena kami datang ni jugak, mak teh buatkan kuah durian untuk kami.
hihi. Thanks Mak Teh!

Kami bermalam ni Bukit Merah Laketown Resort.
Nice View and nice place. pagi2 nampak matahari terbit.
lari kejap dari kesesakan bandar kan.
malam acara perasmian oleh Puan Shamsuidar Abdul Rahaman , Pengarah Tourism Perak.
sangat baik dan memahami.

Esoknya pula, kami ke Kuala Gula. Kuala Gula adalah perkampungan nelayan
apa yang special di sini?
ha, ketam lembut u olsss. unik kan? mcm macam mana ketam jadi lembut?
ha, nanti kak yah explain kat entry lain. hehe.

kami bermalam di Kuala Gula for the whole day! best and interesting memories ever!
hari terakhir kami melawat muzium je. tapi interesting sbb kak yah dah tahu zaman2 dari zaman pemerintahan, penjajahan dan kemerdekaan, proses yang perlu dilalui. mmg boleh bagi extra experiences u ols. =))))

Lets Us Entice your Taste Buds and Knowledge! hehe. Perak tempat yang menarik untuk melancong juga kawan2. mari melancong dalam Malaysia. hehe









Saturday, May 5, 2012

TRIP TLDM LUMUT

trip tldm ni dah enam bulan berlalu
yuuuuhhuuuu
kak yah nak cerita sikit sejarah trip tldm lumut ni
6 bulan lepas, lecturer kak yah ada suro organized trip ke lumut
ini untuk assignment article sains and teknologi kami
yang memerlukan kami untuk melihat dari sudut yang berbeza semasa membuat article
ini bukan sesuatu yang mudah
sbb tldm nyer kapal, sistem kapal , teknologi kapal
semuanya sesuatu yang sukar and complicated okayyy kawan2
so process nak ke sana dah complicated
mcm2 surat kena prepare
then kena follow up lebih kurang sebulan baru dapat kelulusan
penginapan semua kena settle by the time
combi, uncle, kak yah sendiri dan iman bertungkus lumus menyiapkan semua sebelum bertolak ke sana
dah berharap semua berjalan dengan lancar.
kat sana semua abang2 tldm yang macho, control macho dan g**** ..
yang cantik laju aje yang dapat perhatian .
hahahaa
2 hari nyer trip mmg best and pelbagai pengalaman semasa di sana.
dapat belayar naik kapal tu satu hari nanti best jugak
aminn.... harap2 dimakbulkan. hehe




rakan2 seperjuangan, marilah kita menuju ke arah kejayaan .. moga dipermudahkan-Nya. Amin....

I AM STRONG!


kak yah selalu berangan nak jadi wanita kuat
semua benda boleh dilakukan sendiri
tetapi kekadang mesti ada halangan dan cabaran yang perlu dilalui
kekadang x semuanya seindah seperti yang dirancang
x semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang
biasalah mesti ada naik turun kan
so kenalah biasa2 kan diri
bila DOWN
kak yah suka baca perkataan-perkataan motivasi
untuk menaikkan semangat. hehe

YOU ARE SO MUCH STRONGER THAN YOU THINK!!
YES I AM!
hehhe
mostlty kak yah rasa mmg kak yah leh wat kerja sendiri
mungkin kekadang terlalu banyak guideline yang kak yah perlu cari.
biarlah orang x selesa kekadang
tapi ada aku kisah? hahaa
x bertanya sesat jalan. bila bertanya orang x suka. lantak ko ler. aku x kisah. hehe

relaxing and dreaming



comelnya baby ni kan
kak yah berangan nak ada baby boy satu hari nanti
nak ada 3 orang anak
2 lelaki sorang perempuan
kak yah bukan ape, mmg la orang cakap susah nak jaga baby ni
mmg pun, x susah mana nak ada life kan
dalam life mestilah lalu kesusahan dulu kan,.kan,.kan
hehehe

kak yah feeling2 nak ada baby in the future
nak bagi education yang tinggi kepada anak2
biar mereka tahu hidup susah dan lalui fasa remaja yang happy bukan stress
calon dah ada cuma tunggu masa yang sesuai. mungkin 4 tahun lagi. haha
xlama, cuma ingin kehidupan yang lebih stabil. hehe.
hope my dream come true. amin..

ikan keli hangus!!

you olsss
terbongkar cerita kak yah x reti masak!
HAHAHAA
kak yah 2 hari lepas feeling2 la nak masak ikan keling goreng untuk adik kak yah yang jaga mak kak yah kat hospital.
alamak! tengah kusyuk facebook
last2 ikan kak yah hanguss!! bapak kak yah dah membebel
"anak dara masak pun x reti, ikan hangus"
opsss! sentap! haha.
last2 kak yah buang je,. sory kak yah sudah melakukan pembaziran. huhu..
gambo x sempat nak snap sbb dapur dah berasap, haha

UKUR DIRI SEBELUM UKUR ORANG LAIN

ini isu paling sensitif dan isu paling penting buat kak yah
kak yah mmg jenis simple orangnya
kak yah tak suka nak berlapik2
kak yah lebih suka cakap terus terang
klu boleh cakap boleh, klu tak boleh cakap tak boleh

minggu lepas, kak yah g satu kedai air terkemuka
mmg kak yah craving untuk minum kopi di sana tiap minggu
bila ada promotion akhir tahun
hampir tiap hari kak yah datang
 sampai ada satu staff tu dah hafal apa yang kak yah nak
dan taste yang mcm mana yang kak yah akan amek.

kak mmg pantang ada foam dalam minumam kopi kak yah
kak mmg akan request tak ada foam.
kak yah ckp elok2 x nak ada foam
kak yah dah cakap elok2 tisu habis
kak yah mmg pantang ada foam
kak yah mintak tukar air kopi tu dah tiga kali
tapi benda yang sama berulang masih ada foam.

kak yah cakap la, kenapa selalu ada staff tu buat boleh je x ada foam, kenapa adik buat tak boleh eh?
sekali dia jawab dengan berlagaknya dia kata
'dia dah kerja new zealand kak, kalau akak nak sangat dia buat, akak pergi la new zealand'
wah, kurang ajar nye kau.
orang dah mintak tisu kat kau tiga kali, kau langsung x layan, tisu x stock up kat tempat biasa, bila mintak kena marah dan perli?
ammbooii, sape customer sekarang ni? siapa yang sepatutnya ditegur? kau ke aku?
kak yah dah rasa marah, kak yah terus jumpa manager
manager pun naik kepala, manager leh cakap kami busy, stress.

wah! hello! habis tu ape function gaji kau dibayar tapi kau x leh nak buat kerja secara professional?
kenapa kau x train staff kau betul2??
manager sepatutnya professional dan memahami keadaan, bukannya menyalahkan customer.
dah org request lain dapat lain, mmg lah kena tegur sket.

kak yah rasa tidak puas hati terus emel ke manager atas
kak yah bukan nak besarkan isu
tetapi fikirkan , every people have human rights
and customers also have their own rights!
manager atas telah ambil tindakan dan kak yah rasa mmg padan muka
kalau nak tunjuk diri tu berlagak sangat jangan kerja line food and beverages
go and explore the work that would not stress you.
i will talk personally with the district manager.
sorry bukan nak besarkan cerita tetapi kak yah mmg pantang bila orang buat kak yah mcm pengemis.
mcm kak yah yang menagih duit dari mereka.
sekian!
we will be meet later! just wait!

Ambang Hari Ibu

Tahun ni,
tahun tragik buat family kak yah.
kesian mummy kak yah terpaksa ke hospital
sbb baru tahu ada kencing manis.
kesian mama
mula2 pergi ke HOSPITAL SERDANG
it was so DISAPPOINTED
sbb services kat sana mmg teruk.teruk. teruk
kami dah berada di sana dari jam 10 pagi
sampai 10 malam tak ada doktor.
mak kak yah kena masuk air
kena masuk ubat antibiotik
tapi semuanya tak berkesan
muka makin membengkak dan dan merah
demam pulak tetiba malam tuh
nurse kat sana kurang ajar, dah lah cakap mcm tak ada budi bahasa
kononnya slogan budi bahasa budaya kita
halau orang macam diri tu hebat sangat.
sory to said, nampak sangat la kau tu x educated

malam tu jugak
kak yah decide nak tukarkan hospital mummy
kak yah argue dgn DR kat sana
Kak yah x leh trima alasan doktor surgery tak ada sbb voicemail.
hello! kau ada sorang doktor surgery je ke? kenapa kau x bagi tau awal2 yang kau x ada doktor?
kau suro mak aku tunggu 12 jam, sampai nak g toilet pun x ada org papah dia,
langsung tak mintak maaf
then masa bukak jarum kat tangan mummy kak yah, sampai darah mengalir banyak
apa ni?? mcm mana kerja kau??
at least say sorry sbb dah tunggu lama, ni x da langsung, klu x ada doktor septtnya ckp daripada awal
bukan dah 12 jam tunggu baru cakap!\
Bengkak sebb jarum tuh sampai sekarang ada kesan. haaiihh. apa nak jadi??
kau ingat kau dah cukup bagus??
soalan kau mmg hebat sangat lah doktor, kau boleh tanya aku mcm mana bengkak boleh sampai ke muka?
hello!
kau tu doktor, belajar sampai 5-6 tahun
balik2 kau tak tau jawapan cm ne boleh bengkak??
go to hell!
malam tu jugak, kak yah pergi dengan ayah, kakak dan adik kak yah
hntr mummy kak yah g KPJ Kajang.
Grateful their services good and explain to us one by one.
They also always do follow up.
thats the drastic different you can see between private and gov hospital.
haaiiihh.
so sedih. kenapalah double standard sangat? soalan pertama masa kat hospital sana bila nak book bilik pesakit, apa pangkat mak awk? apa gred level mak awal?
hello!!
pangkat kau tu x bawak mati la dan x ada kubur pun kau nak lebel ikut pangkat.
Kenapa kau nak sangat tengok level?? Orang g pun sbb kau tu panel doktor.
sakit hati terasa sampai sekarang.

Alhamdulillah. mummy kak yah dah beransur pulih selepas operate.
cuma lemah2 dan masih perlukan perhatian,
apa yang kak yah nampak pangkat tu terlalu penting dan orang yang tidak berpelajaran, tidak bergaya selalu ditindas. sedarlah pangkat kau, kecantikan kau, tidak kekal. yang kekal hati dan niat kau layan seseorang. Makan gaji buta x kemana. !

I HOPE YOU WILL GET WELL SOON MUMMY!
I LOVE YOU SO MUCH!
i know u sad when the first hospital that we go treat u like hell. I will make sure we will not enter that hospital again. So pity you mummy. I';m sory...
 we will celebrate MOTHER'S DAY for you later walaupun lambat sikit., hehe. everyday is mother's day.